Friday, December 12, 2008

Andai aku tak bisa pulang.

Andai kali itu adalah yang terakhir kalian melihat aku,
anggaplah aku sentiasa ada bersama, malayari suka dan duka.
kerana aku tetap ada di sini.
cuma jasad tak terlihat oleh hijab kalian.
Kerana pada masa itu kita berada pada dua realiti yang berbeza.

Kerana itu aku mahu kalian tahu,
Bahawa diri ini sentiasa inginkan yang terbaik selama hayat yang tinggal.
Biar tinggal sedikit ruang yang ada, itu bukan alasan.
Ruang itu milik aku, dan kalian juga.
untuk dinikmati hingga ke pengakhiran.

Andai selepas ini aku tak bisa pulang, muncul lagi di hadapan kalian.
Maafkan segala khilaf kesalahan.
DAN.
Jangan disedihkan. jangan sekali kali...

5 Coretan dia:

elL said...

can i change a lil bit?
mine is;
tlg jgn rindukan saya.

Unknown said...

sgt berbakat kamu berpuisi
indah je..
diirigni lak lagu tu
owwhhh...indahnya *sungguh*

-Awan Biru- said...

elL:
kamu suka ayat itu? "tlg jgn rindukan saya."
teruskan. kamu punya pilihan.

dayu:
cuma ayat terdetik di hati, tercetus di minda.
Lalu saya luahkan pada blog ini melalui papan kekunci.
kamu, datang selalu ya.
sekiranya kamu suka.

p[A]n[A]d[0]L© said...

yuhuuu..
ur poem juz nice... ;)
bleh aku c link???

-Awan Biru- said...

sudah tentunya boleh..
silakan...
saya link kamu juga ya...

Post a Comment

 

Cuba Capai Awan. Dapat? © 2008. Template Design By: SkinCorner