Thursday, December 25, 2008

Terhalang...

Mekar lagi berat berbunga
kasih tersimpul rapat bersulam
selagi sayang masih ada
bila kan muncul sepi dan kelam.

tersentap nurani bila terbongkar
kasih bertaut tiada yang restu
terhalang jua kisah sebenar
maka pergilah kasih yang satu.

hiba di hati tiada yang tahu
sampai menangis di dalam lena
termimpi lagi kasih yang satu
terkilan, terpukul kasih terhina.

Monday, December 22, 2008

Persis bintang

Sinaran terangmu berbeza,
kau menyinar tanpa mengukur waktu
siang dan malam
bukan hanya bila gelap menyelubungi bumi

Kau cukup indah, menawan
aura mu bak bintang begemerlapan
panahan sinaranmu tak tertahankan
kerana kau begitu gah menghiasi ruangan

namun kau punya kelemahan
hidupmu jauh dari mirip burung dan ikan yang bebas di lautan
penuh dengan cerita dongengan
manjadikan aku tidak pernah cemburu kau sering menjadi sanjungan

biar hidup aku begini
tetap aku pilih yang ini
bebas ke mana ingin pergi
terbang setinggi tinggi...

Friday, December 19, 2008

Andai saja bisa...

Andai aku bisa menongkah arus lautan
mendaki setinggi gegunung
akan ku laksanakan
hanya seandainya itu bisa membuatkan aku hidup lebih lama...

Andai aku ini diterjemahkan kepada burung sekalipun
aku rela...

"Andai saja hidup ini bisa menjadi lebih lama"
Andai saja itu bisa terjadi...

Thursday, December 18, 2008

Sepintas lalu

Terkenangkan kisah dahulu
yang menyentuh kalbu
namun ianya terus berlalu
meninggalkan kisah kelabu....

Ruangan rasa membeku
Di mana kau dan aku bersatu
Namun kini membisu
Masing-masing diam berteleku sayu....

Monday, December 15, 2008

Bicara aur dan tebing-

Orang kata- Air dicincang tak akan putus.
Bila mana waktu itu tetap untuk suatu peristiwa, ianya tetap akan berlaku
Antara adik beradik dan ibu bapa, rakan dan saudara, jiran malah keluarga...
tidak satu pun terkucuali, cuma jika adanya damai, maka tiada lah sengketa.
Sehebat mana pergolakan sebuah keluarga, kamu pernah cincang air?
putus tak?
Itulah keluarga...

Orang kata- Bagai isi dengan kuku.
Kamu tahu itu umpama apa?
Begitu lah juga keluarga...
Sedar tak?

Keindahan malam

Patut disyukuri
jangan biarkan malam berlalu dengan tangisan
mahupun kerugian
Seandainya
malam ini tidak akan lagi hadir,
kalian pasti menyesal...

Sunday, December 14, 2008

Buat si bakal permaisuri (isteri)-Dayu

Kamu bakal bergelar isteri kepada si suami...
Membinakan sebuah masjid yang suci, bukanlah semudah belayar ke lautan...
Tidak seperti mengayuh sampan, malah lebih dari yang kau sangkakan...
Bersiaplah dengan segala ilmu
untuk kau jadi si permaisuri terindah dalam hidup si raja nanti...

Sekeping kad pembuktian walimatul urus kau sampaikan kepada seluruh kenalan, sekalian kaum keluarga,
tanda bakal tibanya saat bersejarah buat sepasang merpati berkasih untuk disatukan dengan ikatan janji ikhlas bersaksi,
Diserikan dengan bunga telur mewangi indah di hari bahagia, taburan beras pulut amalan sejak zaman berzaman
direnjis si mempelai dengan senyum dan tangis- Tanda terharu dan syahdunya menjadi sepasang suami isteri...

Semoga ikatan janji nikah dilafazkan, akan terus berbunga mekar sehingga lahir si anak kecil penyeri kebahagiaan..
Disusuli kelahiran cucu penghibur hari depanmu...
Dan sekalian keluarga yang dibina tetap utuh, teguh hingga ke pengakhiran nafas...

Selamat berbahagia buat kalian-Dayu dan Ekwan-
Ikhlas daripada,
Awan Biru

Saturday, December 13, 2008

Ya buat aku...

Ada yang kata tidak pada dia...
Tapi buat aku yang punya ruang sekecil ini
hanya mampu merasakan seluruh kebahagiaan
sebagai pelengkap sisa waktu yang ada.

Kamu di luar sana;
yang tidak pernah menghargai mahalnya sebuah realiti bernama waktu,
cukup aku katakan disini, kamu sangat rugi. bolehkah kamu alihkan waktu kamu yang sihat ke ruang aku?
Atau sekiranya itu agak payah, hadiahkan saja kepada aku. kerana aku amat mendambakan apa yang kamu ada. tapi disia-siakan. sayang sekali.

Sementara masih ada waktu ini, dan hidup kamu pula masih gagah tanpa dibatasi suatu apa pun dugaan.
Aku butuh ingatkan kamu berkali kali, agar tidak lupa. jangan persiakan waktu kamu. tolong.
Buatlah yang terbaik utk kamu tidak menyesal.
Berbakti sepenuhnya kepada ayah bonda.
Martabatkan nusa bangsa, agama.
Hiasi peribadi luhur dengan akhlak.
dan hindari jemu dalam menggali ilmu.

Sekiranya aku ada ruang yang kamu ada, akan aku usahakan hingga terasa pada tulang temulang.
Yang aku ada ini tiada pada kamu. kamu tahu bagaimana sakitnya ini? memikirkan waktu yang tinggal disamping menghindar kesakitan. jangan kamu rasakan ini. biarlah hanya aku...
Jadi tolong aku, dengan hargai hidup yang kamu ada...

Friday, December 12, 2008

Mampukah bertahan?

-untuk tidak menyayanginya-

Bisakah aku menahan rasa sendiri
Sedangkan hati bergelora.
Sakit.
Amat payah kurasakan.
Perit.
Kerana rasa itu ada di sana.
Namun perlu ditolak pergi demi kebahagiaannya.
Luka.
Merintih sendiri. hati terpukul pilu.
Sayu.
Mengenang derita hati.

Tapi bukan salah siapa siapa.
Kerana kesakitan yang aku tanggung adalah anugerah dari-Nya.
Aku insan bertuah.
Diturunkan kesakitan ini buat aku. tidak pada yang lain.
Tapi mengapa mesti aku?
Yang masih hijau berbuah ranum. agak mentah juga.
Tapi itulah suratan maha hebat yang perlu kutelan.

Buat dia,
jangan persiakan waktu mu menyayangi ku, menunggu ku.
Kerana suatu hari nanti, aku tetap tiada.
Aku tetap hilang tanpa ada yang merampas aku darimu.
Namun kau harus tahu, betapa payahnya aku
membuang rasa ini.

Andai aku tak bisa pulang.

Andai kali itu adalah yang terakhir kalian melihat aku,
anggaplah aku sentiasa ada bersama, malayari suka dan duka.
kerana aku tetap ada di sini.
cuma jasad tak terlihat oleh hijab kalian.
Kerana pada masa itu kita berada pada dua realiti yang berbeza.

Kerana itu aku mahu kalian tahu,
Bahawa diri ini sentiasa inginkan yang terbaik selama hayat yang tinggal.
Biar tinggal sedikit ruang yang ada, itu bukan alasan.
Ruang itu milik aku, dan kalian juga.
untuk dinikmati hingga ke pengakhiran.

Andai selepas ini aku tak bisa pulang, muncul lagi di hadapan kalian.
Maafkan segala khilaf kesalahan.
DAN.
Jangan disedihkan. jangan sekali kali...

Thursday, December 11, 2008

Bila sunyi*

Hati memberontak dalam kesepian.
semua yang dilihat hanya kaca bertimpa.
Ada yang kata;
Sunyi itu musuh. zalim membakar diri.
Tapi kenapa?!
Bukan salah sunyi. cuma bila sebab itu yang menjadi onak dalam duri. menambahkan lagi parah yang sedia berdarah.
Jangan salahkan.
Kerana telah diingatkan;
Jangan suka mencari kesakitan. bila ditinggalkan, airmata bertaburan.
Bila sudah terhantuk, baru tergadah. nasi pula sudah menjadi bubur....

Lawankan kesunyian. Biar kuat...

Sekuntum mawar...

Indah laman menjadi taman.
Si penyeri kembang tersusun indah.
Namun cuma pada suatu detik yang singkat.
Hanya sementara
Bila tiba saatnya, dia layu kembali.
Lalu gugur jua menyembah bumi.
Lantas untuk apa dia hidup sebenarnya?
Pernahkah kamu terfikir persoalan yang sama?
Untuk apa dia hidup?
Aku juga mencari jawapan.
tapi.
Agar sukar juga.
Mungkin perlu berfikir sejenak.
Nanti akan kurungkaikan persoalan ini.

Ketemu sudah.

Sudah terjumpa dengan satu lembaran.
yang indah lagi menyentuh hati.
dia kata mari terbang tinggi.
Lantas,
aku jawab cuba capai awan itu.
Hey kamu,
indah lembaran laman cintamu.
aku suka.
Lalu untuk itu aku buka yang ini.
menjawab setiap ilham kamu.
Mari, terus bersama.
Siapa tahu suatu hari nanti kita bertemu di muka realiti.
Aku masih ada banyak himpunan puisi indah.
kalau mahu. Mari terbang bersama.
saya temankan kamu.
mahu?

Hanya kata...

Bila tangisan berbunyi.
Itu tandanya?
Ada kelahiran baru.
Atau, ada banyak kemungkinan.
Tapi.
Yang baru ini adalah satu lembaran lagi.
Yang baru.
Lagi suci.
Selamat bertandang ke teratak puisi ini.
Bersama capai awan yang tinggi.
Jom semua.
 

Cuba Capai Awan. Dapat? © 2008. Template Design By: SkinCorner