Saturday, January 31, 2009

Rasa itu hilang...

Bila hati mula pudar,
bila rasa mulai terbiasa,
bila tiada mula jadi kepastian,
Maka jawapannya:
Rasa itu sudah hilang,
pergi menjauh dari dasar hati yang dulunya sentiasa berombak deras.
Namun kini ia menjadi sepi...diam...

Dan rasa itu semakin lama, semakin hilang...
salah siapa?

Tuesday, January 27, 2009

Sesangkar budi

Sedang aku sakit, lemah, terluka dan berduka
tika itu kau hadir...
Kau bawakan sinar istimewa
hingga seluruh pancaindera ini terkaku kagum...
Aku umpama bangau yang selalu singgah di bendang
mencari nasib bertemu rezeki,
menumpang tulang belakang kerbau menjadi tempat berhinggap...
Dan kau umpama permata di kalangan kaca,
sinaran gah membawa nilai berharga,
dan yang mampu memilikimu hanyalah mereka yang punya kemewahan...
Bukan seperti aku...
Aku berhutang lagi,
setelah bosan aku berhutang segala macam material yang boleh dikira,
Tapi kali ini tidak terhitung...
Kerana budi yang kau tabur tidak ternilai,
tidak juga terjangkau akal fikiran untuk aku membayarnya...
Dan itu aku akan terus bawakan sesangkar budimu,
hingga ke akhir hayatku...

Wednesday, January 21, 2009

Hilang...

Bila sesuatu itu hilang,
dan jangan pernah ada sesal,
Biarkan ia terus hilang,
kerana lebih baik ianya tiada,
berbanding ia sentiasa ada.

Parcayalah.
ada hikmahnya...
 

Cuba Capai Awan. Dapat? © 2008. Template Design By: SkinCorner